07 Januari 2019

‘Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’

MALAYSIA membuka lembaran 2019 dengan berita Peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15, baru-baru ini.

Dan ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan.



Perkara yang pada asalnya menjadi ‘khabar angin’ dan tilikan segelintir pemerhati pentadbiran negara menjadi benar.

Daripada isu peletakan jawatan sehinggalah ke persidangan Raja-Raja Melayu semalam yang akhirnya membawa kepada keputusan menetapkan pada 24 Januari ini sebagai diadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.



Menurut laporan Bernama, dalam tempoh kekosongan takhta itu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah akan memangku jawatan berkenaan sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baharu selesai.


Rakyat Tertanya-tanya

Pelbagai reaksi yang dizahirkan umum. Majoritinya terkejut dan tidak tahu apakah sebab Baginda melepaskan jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Felo Utama Institut Kajian Etnik UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong ketika ditanya pemberita Sinar Harian semalam tidak menolak kemungkinan pendedahan perbelanjaan Istana Negara dan penularan gambar kahwin Sultan Muhammad telah mempengaruhi keputusan Baginda.



Isu perkahwinan Baginda yang dikatakan diadakan di Russia pada tahun lalu itu tidak dinafikan dan tidak pula diayakan pihak Istana.

Lebih menjadi tanda tanya apabila ianya hanya dilaporkan oleh media-media negara jiran kita seperti di Singapura dan Indonesia.


‘Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’


Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataannya yang menzahirkan kebimbangan beliau terhadap terdapat beberapa pihak yang cuba mewujudkan persepsi negatif mengenai institusi diraja melalui media sosial.

Malah tidak kurang juga segelintir pengguna Facebook yang secara terang-terangan menghina Baginda dan institusi diraja Malaysia.



Sebagai seorang rakyat Malaysia, ia sepatutnya tak berlaku. Masakan kita yang mengaku sebagai rakyat Malaysia melanggar rukun negara kita.

Ya.. mungkin ada yang cuba kaitkan isu ni dengan isu perkauman, tapi jangan terlepas pandang masih ramai rakyat Malaysia yang lain juga mengecam tindakan sedemikian menerusi komen-komen di Facebook.

Institusi diraja bagi aku sangat penting di Malaysia. Jika tiada boleh pincang negara dan tak mustahil kekacauan boleh terus berlaku.

Situasi politik dan masyarakat kita memang memerlukan raja sebagai pengimbang politik serta pentadbiran negara.

Ambil contoh perubahan kerajaan di peringkat persekutuan dan di negeri Perak. Jika tiada sistem beraja, aku rasa kekacauan politik boleh berlaku dan tak mustahil akan menggugat keamanan negara.


Daulat Tuanku

Duli Yang Maha Mulia. ‘Duli’ bermakna ‘debu’ dan ‘Yang Maha Mulia’ merujuk kepada Allah SWT. Jadi ‘Duli Yang Maha Mulia’ bererti Raja yang bertakhta itu, walaupun luas mana jajahannya, Baginda hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan.

Rakyat berteka-teki sama ada Sultan Pahang atau Sultan Johor yang akan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.



Namun tidak kurang juga yang meneka ia merupakan giliran buat Baginda Sultan Nazrin.

Walau siapa pun yang dilantik, sebagai rakyat kita harus menghormati dan mentaati Yang di-Pertuan Agong baharu.






Kehadapan Baginda Sultan Muhammad, patik mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat Tuanku, yang sepanjang tempoh tuanku bersemayam di Istana Negara, segala isu rakyat menjadi keutamaan Tuanku.

Patik juga tidak lupa dan menjunjung kasih atas keputusan Tuanku, yang telah memperkenankan supaya peruntukan gaji dan emolumen Tuanku dikurangkan sebanyak 10 peratus, demi keadaan ekonomi negara.

Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku!




Amirrul Rabbani Rashid. Dikuasakan oleh Blogger.